27/10/2011
Di petang yang redup baru pas hujan nie aku nak share satu lagi info yang perlu korang semua expecially para2 girl kat lua sana tahu Lelaki / Boy / Man / He / Mr / Cowok..:)
..Selamat Membaca..
Eh2 jangan tenung lame2..!..dia SAYA yang punya...hahhaha
1. jangan cerita tentang lelaki lain yang diam-diam mencintai korang:
* biasa situasi macam ni selalu berlaku dalam setiap hubungan, kononnya nak buat sidia terasa terjejas atau cemburu padahal perkara ini boleh membuatkan situasi ini lebih teruk seperti bergaduh atau syak wasangka.
2. membenci ibunya, memang lelaki pantang :
* kalau bab ni susah sikit sebabnya siperempuan tak boleh lah terlalu berterus terang kata "saya tak suka lah ibu awak" lagi-lagi perempuan yang bergelar ibu itu akan menjadi ibu mertua jadi tidak digalakkan si perempuan ada sikap seperti itu. bagi lelaki ibu adalah segala-galanya jadi lebih baik ambil hati dari membenci. Kot iya tak suka pura-pura sudah ^_^
3. cerita tentang kecurangan korang pada bekas teman lelaki yang dulu:
* yang ini kalu si perempuan cerita pada teman lelaki yang baru (sekarang) ia agak "bodoh or stupid" lah sebabnya mencerita perihal yang tak elok tentang diri sendiri dan si lelaki tersebut mula berfikir "tak mungkin juga kau akan curang dengan aku" kan dah susah macam tu..
4. jangan cerita buruk tentang 'kawan' teman lelaki kamu. Bagi lelaki kawan adalah penting!
* bab ini aku akui sebagai GF tak seharusnya kita menceritakan perangai buruk kawan BF kita lagi-lagi kawan baik! Mungkin BF kamu akan sangka kamu mahu mengasingkan dia dari kawan-kawannya. sehingga BF akan terfikir cemburu kamu itu membuatkan dia mula berpaling arah kerana sehingga tidak dapat beza antara cinta dan kawan.
6. jangan buat dia patah semangat tentang pekerjaannya sekarang tapi cubalah bantu:
* dalam situasi macam ni siBF sangat-sangat perlukan perhatian GFnya. Kalau boleh bantulah dia dalam keadaan apa sekalipun. Jika dia ada masalah tentang pekerjaannya misalan pekerjaannya tidak stabil jangan lah pula kamu perli atau membuat sidia lebih tertekan. cuba lah bantu dari segi nasihat.7. Bercerai/berpisah/clash/break of, memang satu perkataan yg lelaki tak boleh dengar. Elokla dihindari.
* kita kalau bergaduh besar mesti akan keluar perkatan-perkataan diatas, kenapa ek?? kadang-kadang bila bergaduh suka sangat ikut perasaan, kadang-kadang apa yang keluar dari mulut ni kita sendiri pun tak sedar tahu-tahu dah menyingung perasaan pasangan kita tapi kalau boleh kalau bergaduh biarlah salah sorang beralah atau berdiam untuk sementara supaya jangan diantara kita nanti ada yang melafazkan kata-kata mungkin mengakibatkan membawa haluan masing-masing.8. kalau anda mempunyai pendapatan melebihinya, jangan lah nak diperbesarkan. benda ini akan menyinggung perasaan dia nanti:
* yang ni kena amal dari masa sekarang jangan nanti terbawa-bawa sampai dah berkahwin susahlah nanti. kalau nak bagitahu pun biar lah dengan berlemah lembut dan kata padanya "ini rezeki masa depan kita boleh saya bantu awak mana yang patut nanti kan" ha, kan bagus macam tu dia pun tersenyum lebar dan berfikir bahawa kamu adalah wanita yang tepat untuknya kerana memahami ^_^9. bila terserempak atau terjumpa dengan bekas kekasih lama tak perlu lah menampakkan kamu seperti ingin menghindari ketika dengan pasangan kamu:
* biasanya lelaki perempuan sama saja suka buat perkara yang ini. Rasanya tak perlulah kamu seperti nak menghindari dari terserempak. buat seperti biasa anggaplah antara kamu dengan benar-benar sudah tiada so pasangan pasti berasa gembira kerana kamu betul-betul menyayangi dirinya.10. Tak perlu bercerita kamu ada berapa adik angkat lelaki? dan berapa pula abang angkat lelaki? memang dia akan cemburu dan fikirkan kamu tidak setia:
* Yang ni berdasarkan pengalaman lah. sekiranya kamu ada adik angkat atau abang angkat, tak kiralah berapa ramai sekalipun tak perlu lah kamu cerita dari A-Z kerana ini boleh membuatkan BF kamu akan fikir kamu adalah seorang yang tidak setia dan bertambah-tambah pula cemburu butanya nanti..
Dah baca..?Info Berguna kan...?so jangan tak amal lak ek.....kalau kamu sayang pada pasangan kamu jagalah hati dia elok2 ek.....:)