23 November 2011

10 Sikap Buruk Manusia yang Dicela Allah



. Assalamualaikum ...

Salam to all bloggerz .... hari nie saje nak konsikong pasal tabiat buruk manusia terutama kita ni ha .. tabiat nie memang ada kat kita tapi kita tak pasan ... kalau ada pangai nie eloklah kita buang sket2 ek ... tak elok ditengok orang ... expeselly utk c penulis ni ha ..... hi2 ... moh kite tengok ape bende nye .. ^^

1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.


2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap tentang perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia...betui dok..??


3. Suka marah-marah
Adeh kenapa lak ni..? Perangai ni memang tak elok..kata orang tua2 'huduh'. Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kita. Perbuatan nie akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan... takut kan...hmm...


4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah betul tak?Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).


5. Kedekut & bakhil
Sifat nie memang buruk sangat2..tak elok la kalau kita ada sifat nie .. Rezeki Allah yang kita dapat tak elokla kalau kita simpan sampai bertimbun2..tak bawak sampai kita mati pun. Sifat kedekut ni menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.


6. Bermegah-megah
Humm yang nie memang ramai dikalangan masyarakat kita. Suka bermegah2 tentang status atau jawatan besar, gelaran dan apabila menerima sanjungan. Merendah diri tu kan lagi elok sifatnya..:)


7. Cintakan dunia
Maksudnya, terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi sehingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).^^


8. Ego atau sombong
Dah la ego sombong pulak tu... ini sifat mazmumah yang paling sangat tak disukai orang. Bila kita ada sifat nie takde sape yang nak berkawan dengan kita dek kerana terlau merasakn dirinyalag segala2nya sehingga lupa Allah saja yang bersifat maha besar atas muka bumi nie.


9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.


10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan..

* Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar. *
Wallahualam .^^.