16 January 2012

' Amalan Romentik Suami Isteri '

. wassup wassup ...!!

Assalamualaikum warga bloggerzz sekalian .....
Dah lame jugak diary nie tak berupdate dah masuk habuk pon ... Ok la tamo cakap panjang meh kite terus ke topik yang aku rasa aku nak kongsi ngan korang yang kat luar cna dan expecially tuk aku sendiri walaupun aku lom lagi sah menjadi isteri orang ... hik2. Just info ... :) Bila da kawen nanti baru la ley praktis2 .... Pepppss..!!>.<

< sesape yang dah bace info nie sile skip jek >

Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja  masing-masing.
 Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
 Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
 Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
 Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
 Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
 Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
 Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
 Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
 Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
 Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. (Ini WAJIB buat!!)
 Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
 Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
 Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
 Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
 Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
 Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
 Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
 Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan  malam  bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
 Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu....:)

~ Renung-renungkan dan Selamat Beramal ~

7 January 2012

Wordless Saturday ...


. Assalamualaikum Peeeppss Yooo ...'

Hari nie dah masuk seminggu kita masuk tahun 2012 .. semestinya tahun nie korang letak betimbun2 hajat yang nak dicapai kan ...? hmm macam aku jugak ... takde la sampai betimbun2 sampai penuh rak .. cuma ade la sket dua, tiga, empat perkara yang aku rasa aku nak capai atau pon nak target ataupon aku nak tambah ... antaranya ialah :

< iklan jap >


1. Kerja Oh! Kerja
Kerja oh kerja .. come to mama ... hik2 ... yelah lagi seminggu aku nak tamatkan kontrak aku kat Kolej nie lepas tu takkan nak jdik pengganggur yang terhormat kot .. boleh jek nak wat tapi tunggu abah aku jadik prime Minister dulu ek ...... huhu. Setakat nie dah nak dekat 10 keping resume yang aku hantar tu tak termasuk melalui emel lagi tuh .. Harap2 ade la yang sangkut .. dah ade yang sangkut dan dah diterima pun stating bulan 2 nie ... TAPI .... aku sendiri yang tak sure ley bawak ke tak kerja tuh nanti ... tempat tuh high demand sket ... hmm aku masih dalam 50/50 antara nak terima atau tak ....

2. Degree ... !!
Haha yang nie aku rasa tak tau la ley capai ke tak dalam tahun nie ... memang aku pasang azam dari tadika lagi nak belajar sampai degree kalau boleh sampai MASTER n PHD ... !! haha kuat berangan kan aku nih ...? Eh2 mane la tau satu hari nanti aku dapat capai semua tuh No One Know's right ??So pukul dada tanya la diri sendiri ...hi2

3. Money Collector ...
Humm bunyik macam nak collect ape jek kan ... memandangkan duit yang aku simpan dalam tabung bawah meja tuh yang dah cecah rm100 rinngit maka aku bolehlah dikatakan sebagai seorang 'money collector'..hi2. Semua orang nak kumpul duit kan ... zaman sekarang nie kalau takde duit hmm korang tau2 sendiri la ek ... bila aku dah kerja aku nak kumpul sket2 wat bayar pinjamna n simpan tuk tuuuutttt.........KAWEN ...!!haha itu yang penting!!

4. Amalan
Amalan ye anak2 bukan Amalina ataupun Encik Amal. Ye la umur kita dah makin meningkat amalan kita dok tahap tu jek tak beganjak2 pun dari tahun2 lepas ... kalau tahun lepas kita banyak tinggalkan solat 5 waktu tahun nie tanam dalam2 kat diri TAKNAK tinggal solat dah ...!Sebelum nie pegang Quran pun jarang tahun nie kalau boleh Khatam sekali .. 30 juzuk jek tahun nie ade 365 hari kan ..... Puasa yang korang ponteng sengaja atau x tuh dah start ganti lom ..? Aku merepek2 nie sebenarnya untuk diri aku sendiri memandangkan aku ni memang umat yang kadang2 terlupa dan alpa nak wat perkara2 tu semua dek kerana sibuk nak mengurus hal2 dunia nie ... Mane la tau tahun nie tahun last kita kat dunia nie.... sape tau kan .. semua tuh boleh berlaku atas kehendak Pencipta kita ..

So Fikir - fikirkan dan Selamat Beramal ....

Peepppsss ... >.<


p/s moga dipermudahkan segala perjalanan hidupku untuk tahun 2012 nie ... Amin.




                                                                         

3 January 2012

Speechless Tuesday

Salam 1 bloggerz ... 

Rasenye takde ape yang nak dikongsi untuk hari nie ...  kehidupan aku macam hari2 biasa .. bangun pagi bersiap utnuk ke tempat posting ... Jumaat nie last aku posting kat center Old Folks tu .. 8 hb pulak ade event kelas ke Port Dickson ... minggu depan revision week, 16 hb last final aku tuk sem 9 ... 25 hb pulak last aku dok hostel ... bungkus pakaian balek kampong tanam jagung tak tahu tuk bape bulan lak ... 

Semalam aku tak dapt tido sebab memikirkan kerja ... kerja oh kerja .... Umo da makin meningkat nak niikah lagi tapi duit simpanan nya masih nggak ada sih ... hu2 ..... Ok la time to continue my case study ... esok nak present ... wuuhhuuu .......

Papai ...!!