22 February 2012

Kehidupan Seorang Penganggur Terhormat

: 22/2/2012


Bila budak berkaca mata menulis tentang kehidupan 

Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrohim,dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

.......

Ku memulakan tugas harian ku sebagai seorang 'penganggur terhormat' dengan aktiviti biasa.  Seawal pagi aku sudah melangkah ke kedai untuk membeli beberapa naskhah akhbar harian untuk melihat perkembangan dunia di sekeliling, ku tetap membelek satu persatu sehingga singgah di satu laman yang bertajuk '1 KLASSIFIED' yg berada ditengah2 laman dada akhbar. Ku tatap satu persatu, dari sebuah kotak ke sebuah kotak, melihat jika ada pekerjaan yang 'ngam' untuk di 'apply'. Ku talifon satu persatu bertanyakan tentang perihal pekerjaan yang ditawarkan, siap diberitahu tempat untuk ditemuduga aku pun pun terus melangkah ke tempat yang hendak dituju.

Sepanjang perjalanan ke tempat yang dituju mataku liar memandang ke arah sekeliling..terlihat seorang anak gadis muda tengah sibuk membuat wafer di tepi jalan demi mencari sesuap nasi, seorang lelaki berbeg pejabat dengan 'tie' yang disematkan di kemeja, sekumpulan gadis2 dengan baju beruniform kedai, seorang perempuan cantik berbaju kurung dengan lipstik dan mekap yang sederhana, juga kereta yang berderet di tengah jalan raya menanti lampu merah bertukar hijau, anak-anak sekolah tadika, rendah dan menengah berpusu-pusu hendak ke sekolah juga segelintir ibu bapa yang tengah menanti angka giliran untuk membayar bil-bil di sebuah pejabat pos. Masing-masing dengan kehidupan mereka sendiri.

Sepanjang berada dikota kenderaan awam menjadi teman akrab ku ketika hendak kemana-mana. LRT, Monorel, Rapid KL, Metro Bus dan sebut apa saja kenderaan awam yang ada di ibu kota ini, semuanya pernah ku naiki. Bersempit-sempit dengan orang ramai tak kurang juga dengan 'Mat-mat Bangla' yang menjadi sebahagian warga kota ini. Bau 'ketiak' mereka adalah bau yang 'TERBAEK' yang pernah aku tak rela hidu tapi terpaksa hidu.

Di dalam 'train' mataku sekali lagi meliar. Terlihat anak2 muda sebok berceloteh tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, ada seorang dua penumpang yang tersengguk-sengguk terlelap barangkali keluar terlalu awal hendak ke tempat kerja. Mataku singgah disatu ceruk sudut seorang remaja yang asyik mendengar mp3 dengan earphone di telinga dan tak kurang juga dengan headphone yang besar dikepala seakan2 'alien in the attick' dan tak kurang juga seperti seorang pekerja di lapangan terbang yang tengah memberi isyarat kepada juru 'pilot' untuk parking di landasan. Budak itu menggambarkan aku suatu ketika dulu ketika bergelar 'student'. Jalan bersama rakan2 menaiki bas mahupun Lrt beserta Mp3 yang tak lekang dek tangan. Perempuan laen berHandBag di tangan aku berlenggang kangkung, semuanya ku selitkan di poket seluar.  Selesa dan selamat memandangkan aku seorang pelupa yang tegar. Aku dengan kehidupan muzik , tak boleh dipisahkan. Ia sebahagian dari kehidupan aku. Jika bukan larangan keluarga aku mungkin seperti Yuna, Najwa Latif ataupun Avril Lavigne. Cita-cita monyet aku dulu adalah untuk menjadi seorang pemain gitar, pemain piano, penyanyi dan penari yang tak dikenali ramai. Kelakar tapi itulah hakikatnya. Lari sungguh dengan bidang yang aku ambil sekarang ni.. 'Perubatan'. Tapi tak apa itu semua boleh menjadi hobi aku ketika lapang.

Sepanjang perjalanan hidup aku di tengah2 bandaraya ini lah yang telah mengajar aku tentang erti kehidupan sebenar. Warga kota yang sibuk mencari rezeki untuk sesuap nasi sehingga keluar rumah terbit matahari hingga terbenam matahari. Tak kurang juga yang menjadi 'kutu rayau' di malam hari. Teringat aku kata2 seseorang 'kota ini tak pernah tidur'. 24 jam jaga. Begitu juga dengan segelintir manusia yang berada didalam naungan Kota ini. Termasuk aku. Ada yang bergelandang dimana-mana. Ditepi deretan kedai, dibawah jambatan.

Kepada aku kehidupan di kota ini baru hendak bermula. Terlalu jauh lagi perjalanan yang kena aku tempuh. Terperangkap di tengah2 kota demi mencari sebuah pekerjaan yang boleh menjamin masa depan. 'Hidup di kota ni kena seseorang yang memiliki hati dan jiwa yang keras' kata ibu aku. Kena berani berhadapan dengan apa saja. Tapi ingat 'selagi kita tak kacau orang, orang tak akan kacau kita.' Kota ni segala-galanya ada. 'Pandai-pandai lah nak bawa diri selagi tak melanggar hukum hakam agama.' Itulah kata-kata nasihat kakak aku yang lebih senior dan telah makan garam dulu dari aku tentang hiruk pikuk Kuala Lumpur ni.

Kepada keluarga yang terlalu ingin melihat aku berjaya dan sokongan serta bantuan yang tak pernah jemu-jemu diberi. Hanya Tuhan yang boleh membalas jasa-jasa kalian semua. Aku akan berusaha selagi mampu untuk membalas jasa-jasa kalian semua. InsyaAllah. Jangan putus berdoa untuk diri ini. Doa kalian yang sangat aku harapkan.

Kepada si 'dia' yang juga telah bersama aku di keadaan yang senang mahupun susah, pemberi dorongan ketika aku belajar, dan juga sokongan untuk aku berjaya, dia jugalah 'sayap' kiri aku selama ini. Dia juga yang menjadi 'driver' aku untuk menghantar segala resume-resume aku di Center-center dan Hospital. Terima Kasih, terima kasih untuk segalanya. Aku hanya boleh membalasnya dengan kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan aku terhadap cintanya.

Tuhan,
Aku tadahkan tapak tangan ini untuk memohon restu, petunjuk dan bantuanMu didalam aku menempuh hari-hariku yang penuh liku. Moga2 disebalik kesabaran ini ada nilai disisiMu. Aku sangat bersyukur atas segala anugerah yang telah Engkau beri padaku dan dalam sedar tak sedar aku juga pernah menjadi seorang yang sangat berputus asa dan menjadi seorang yang tidak mahu bersyukur. Aku memohon ampun di atas segala keterlajuranku. Aku berserah diri sepenuhnya padaMu dan hanya padaMu aku serah segala-galanya. Kau putuskan lah apa yang terbaik untuk diriku agar aku tidak mejadi hamba yang rugi didunia juga diakhirat. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

1 Mesej Diterima

" Tak kisah apa kerja pun yang kita buat asalkan halal. Rezeki tu banyak, Tuhan bagi pada semua umatnya cuma kita kena sabar menunggu, sabar tu kan sebahagian dari iman."
" Awk dah besar dah boleh buat keputusan sendiri, fikir baik buruk satu tindakan yang dibuat. Sya sentiasa berada dibelakang awak sampai bila2. InsyaAllah "
Daripada
Love Cyg Buncit ;)

16 February 2012

Kemane Hilangye Budak Ni..?

. Assalamualaikum WBT ... ;)
Salam 1 Malaysia, Salam 1 Bloggerz dan Salam Pagi semuaa ......

Hari nie genap 1 bulan diary aku tak berupdate dan tak berusik ... hik ... Mesti ade yang bertanya mane la peginye budak ni kan .... ( ade yg tye ke? hik2).. Aku tak kemane pun still ade kat Malaysia nie ha ... Ok la seperti yang korang tau aku dah pun menamatkan pengajian aku sebulan yang lalu ... selama sebulan ni aku berada di PULAU LANGKAWI .. umah membe umah aku ... dok plak situ selama sebulan sementara menanti panggilan kerja ... dalam pada sebulan tu la banyak perkara jugak yang aku buat antaranya tido, makan, tengok tv dan berjalan2 pusing 1 langkawi ni ... Sempat jugak la aku gie mandi2 kat PANTAI KOK, mandi air terjun TELAGA TUJUH, BUFFALO PARK, ziarah MAKAM MAHSURI sempat jugak la aku minum air telaga mahsuri mohon untuk kesihatan badan luar dan dalam tapi dengan IZINNYA lah, dan yang paling best aku dah boleh bawak motor semula ... HaHaHa .... bukan ape dulu dah boleh bawak tapi fobia disebabkan aku penah accident .. .hik2 ... dan yang paling utama aku dah pun habis 'berubat' . :)

Sekang nie aku kat umah makcik aku kat bandar Tun Razak .. stay sini kejap sementara nak mencarik lubang2 pekerjaan yang ade kat KL nie ...... bosan gak hidup takde wat pape nih .... ape la cite dak2 umah aku semua ek ?? Rindu zaman ketika belajar dulu ... enjoy jek kejenye ... sekang nih nak kene fikir pasal kerja lak ... lagi 5 tahun aku nak nikah nih ...!! HakHakHak ...!! 

Humm doakan semoga perjalanan hidup aku dipermudahkan lepas nie ek .... Ok la mintak diri dulu nak sambung tengok STAIRWAY TO HEAVEN NTV7 walaupun dah lebeh 10 kali aku tengok tuh ... Nanti update laen lak k ... Papai ... Senyum Selalu :) SARANGHAE ...!!

p/s:  Rindu kat Atan ( Sugar Glider ) baby aku selama sebulan nih ..... hu2