30 October 2011

Suria Klcc..!!

30/10/2011

. Assalamualaikum..^^

* Humm tengah orang laen dok sibuk membuat 'taik mata' aku cam biase..ngan blog aku 24 jam....he2..
Actually tadi aku kuar jalan2 ngan my muncit at Klcc n singgah kejap tengok race kete lumba kat titiwangsa..* padahal dah banyak kali pun pegi situ..so nape ngan klcc tu?Ha nie la aku nak cite ni...sje nak gtau walhal sume orang dah tau kot Klcc tu is the best place nak lepak2 with family atau kawan2....sebab ape..?sebabb........


1. Bole lepak2 tepi tasik....
Waktu malam perghh lagi cantek pemandangannya taw...!



2. Shopping Time..!
Haha bagi sesape nak rasa shoping ala2 mat salleh atau pun style orang kaya..maka boleh lah pegi ke branch2 yang ada dalam suria klcc nie....semua barangan kat situ ORIGINAL belaka...!KLIK SINI


3. Terasa dok Luaq Negara
bila kita dah berada kat sana semua jenis orang kita jumpa...mat salleh, mat gelap, segala mat la ada kat ctu......Malaysia kan mengutamakan 1 Malaysia...so semua nya ade lah......



4. Aquaria KLCC
Sesape yang berminat nak tengok ikan hidup yang beso2 bole la pegi ke SINI . ^^


5. Makan Time..!
Ha sebenarnye ini lah point utama aku nak cite sekarang nie.......sebut je pasal makan food court nye la yang akan diserbu orang ramai yang tengah kebulur ....sebut je nak makan ape..sume ade......mcD, Tepayanki, Kebab, Nasi Ayam, Penang House, Mamak House, Subway, nak makan pizza...ape2 ala barat ala melayu sume ade kat ctu..ko sebut je Jah..!.dan makanan faveret aku tiap kali datang ke SINI  ialah.....





Taddaaaaa.........!!
Sizzling Yee Mee...!!sluurrppp.......sedap Jah aku cakap ko........!!
Aku kalau dapat nie memang tak toleh kiri kanan depan belakang dah terus je ngap masuk mulut.....betapa rakusnya aku terhadap makanan tersebut...!hahhahaha........


 6. Movie Time..!
Hah SINI la tempatnye kalau kami bosan2 tak tau nak wat ape...ape lagi tengok movie la.........dah memang itulah hobi kami berdua tiap kali bosan2.....^^

Dah Habis Dah.....^^

27 October 2011

10 perkara perempuan kena tahu tentang LELAKI

27/10/2011

. Assalamualaikum Warga Bloggers... .^_^.
Di petang yang redup baru pas hujan nie aku nak share satu lagi info yang perlu korang semua expecially para2 girl kat lua sana tahu Lelaki / Boy / Man / He / Mr / Cowok..:)
..Selamat Membaca..  




Eh2 jangan tenung lame2..!..dia SAYA yang punya...hahhaha

Bukan senang nak bina hubungan yang bahagia. banyak yang korang mesti buat. termasuk lah soal apa yang harus dan tidak harus diceritakan pada pasangan korang. Bende ni semua akan menyusahkan diri korang jugak dan hubungan yang dibina. Jom kita intai-intai :


1. jangan cerita tentang lelaki lain yang diam-diam mencintai korang:
* biasa situasi macam ni selalu berlaku dalam setiap hubungan, kononnya nak buat sidia terasa terjejas atau cemburu padahal perkara ini boleh membuatkan situasi ini lebih teruk seperti bergaduh atau syak wasangka.

2. membenci ibunya, memang lelaki pantang :
* kalau bab ni susah sikit sebabnya siperempuan tak boleh lah terlalu berterus terang kata "saya tak suka lah ibu awak" lagi-lagi perempuan yang bergelar ibu itu akan menjadi ibu mertua jadi tidak digalakkan si perempuan ada sikap seperti itu. bagi lelaki ibu adalah segala-galanya jadi lebih baik ambil hati dari membenci. Kot iya tak suka pura-pura sudah ^_^

3. cerita tentang kecurangan korang pada bekas teman lelaki yang dulu:
* yang ini kalu si perempuan cerita pada teman lelaki yang baru (sekarang) ia agak "bodoh or stupid" lah sebabnya mencerita perihal yang tak elok tentang diri sendiri dan si lelaki tersebut mula berfikir "tak mungkin juga kau akan curang dengan aku" kan dah susah macam tu..

4. jangan cerita buruk tentang 'kawan' teman lelaki kamu. Bagi lelaki kawan adalah penting!
* bab ini aku akui sebagai GF tak seharusnya kita menceritakan perangai buruk kawan BF kita lagi-lagi kawan baik! Mungkin BF kamu akan sangka kamu mahu mengasingkan dia dari kawan-kawannya. sehingga BF akan terfikir cemburu kamu itu membuatkan dia mula berpaling arah kerana sehingga tidak dapat beza antara cinta dan kawan.

5. jangan membanding-bandingkan diri dia dengan bekas kekasih kamu yang dulu tentang kegagahannya. Memang naya la jawabnya!* semua tahu bila bermula kehidupan yang baru dengan kekasih baru, tidak boleh atau dilarang samasekali dari kamu menceritakan atau membandingkan tentang kehebatan kekasih lama dengan dirinya. siBF akan merasa merendah diri dan mula ingin menghindari diri dari kamu.

6. jangan buat dia patah semangat tentang pekerjaannya sekarang tapi cubalah bantu:
* dalam situasi macam ni siBF sangat-sangat perlukan perhatian GFnya. Kalau boleh bantulah dia dalam keadaan apa sekalipun. Jika dia ada masalah tentang pekerjaannya misalan pekerjaannya tidak stabil jangan lah pula kamu perli atau membuat sidia lebih tertekan. cuba lah bantu dari segi nasihat.

7. Bercerai/berpisah/clash/break of, memang satu perkataan yg lelaki tak boleh dengar. Elokla dihindari.
* kita kalau bergaduh besar mesti akan keluar perkatan-perkataan diatas, kenapa ek?? kadang-kadang bila bergaduh suka sangat ikut perasaan, kadang-kadang apa yang keluar dari mulut ni kita sendiri pun tak sedar tahu-tahu dah menyingung perasaan pasangan kita tapi kalau boleh kalau bergaduh biarlah salah sorang beralah atau berdiam untuk sementara  supaya jangan diantara kita nanti ada yang melafazkan kata-kata mungkin mengakibatkan membawa haluan masing-masing.

8. kalau anda mempunyai pendapatan melebihinya, jangan lah nak diperbesarkan. benda ini akan menyinggung perasaan dia nanti:
* yang ni kena amal dari masa sekarang jangan nanti terbawa-bawa sampai dah berkahwin susahlah nanti. kalau nak bagitahu pun biar lah dengan berlemah lembut dan kata padanya "ini rezeki masa depan kita boleh saya bantu awak mana yang patut nanti kan" ha, kan bagus macam tu dia pun tersenyum lebar dan berfikir bahawa kamu adalah wanita yang tepat untuknya kerana memahami ^_^

9. bila terserempak atau terjumpa dengan bekas kekasih lama tak perlu lah menampakkan kamu seperti ingin menghindari ketika dengan pasangan kamu:
* biasanya lelaki perempuan sama saja suka buat perkara yang ini. Rasanya tak perlulah kamu seperti nak menghindari dari terserempak. buat seperti biasa anggaplah antara kamu dengan benar-benar sudah tiada so pasangan pasti berasa gembira kerana kamu betul-betul menyayangi dirinya.

10. Tak perlu bercerita kamu ada berapa adik angkat lelaki? dan berapa pula abang angkat lelaki? memang dia akan cemburu dan fikirkan kamu tidak setia:
* Yang ni berdasarkan pengalaman lah. sekiranya kamu ada adik angkat atau abang angkat, tak kiralah berapa ramai sekalipun tak perlu lah kamu cerita dari A-Z kerana ini boleh membuatkan BF kamu akan fikir kamu adalah seorang yang tidak setia dan bertambah-tambah pula cemburu butanya nanti..

Dah baca..?Info Berguna kan...?so jangan tak amal lak ek.....kalau kamu sayang pada pasangan kamu jagalah hati dia elok2 ek.....:)

24 October 2011

Tanda si dia pencinta yang hebat untuk korang





. Assalamualaikum...
Salam Peace tuk warga bloggerz.. .^_^.

Post kali nie tak tau la rase hati nie macam beriya sangat nak tulis....* padahal baru je aku ngan gaduh dia tadi *.. ape yang aku rasa itulah yang aku nak share pada korang sume....




1 - si dia sanggup melakukan apa saja untuk korang
Si dia sanggup lakukan ape saje tuk korang...contohnye dia sanggup nak tunaikan apa saja pemintaan korang walaupun benda tu payah nak dapat..macam aku, dia sanggup dari Time Square redah ke Wangsa Walk semata2 nak tunaikan aku makan A&W walaupun keinginan tuh minggu lepas punyer...( TS ke Wangsa Maju 30 minit...)

2 - Suka membebel dan memberi nasihat.
Maksudnye kat cni bukanlah si dia tu membebel benda yang tak berfaedah...Sebagai contoh..aku..dia kerap membebel sebab aku lambat makan, lambat mandi, n malas solat...Ye la kalau 1 hari nanti korang ditakdirkan hiudp sebumbung jadi suami is3 takkan la dia nak biar je is3 die wat pangai tak senonoh macam tu kan.....Lagi satu kita kenelah jdi orang yang boleh menerima nasihat orang laen...kalau nasihat dia pun kornag tak leh nak terima...alamatnye 'bungkus kain bawak balek kampong la Jah oi'..

3 - Sanggup meluangkan masa yang banyak bersama
Nak tau dia nie sayang kat kita lebeh atau kurang tengok je situasi nie...time tu c dia cuti kebetulan membe rapat dia ajak kuar tengok wayang atau hangout shopink..dan kebetulan pulak time tuh c dia nak spend together with his love...dia sanggup xkuar ngan kawan dia dan kuar dengan kita...macam aku..membe dia ajak tegok wayang dia sanggup cancel semata2 nak tengok wayang ngan aku yang katanye dah semniggu tak jumpa...^_^.

4 - Sanggup kuarkan duit untuk kita
Yang nie aku memang tak suke....sebab....aku tak suka terhutang budi pada orang...Jah oi dia wat tu bukan untuk dibalas balik.....humm...dia 'my muncit' suka habiskan duit nye untuk aku...sebagai contoh belanja makan...boleh dikata kan ape je la yang aku nak tyme tuh dia sanggup bayar walaupun aku berkeras x kasi..belanja tengok wayang yang harga RM13..darab ngan dua orang dah bpe tu...kalau tiap minggu..?


5 - si dia sentiasa nak menjaga kita.
Sebagai contoh, start dari aku bangon tido sampai tido balik dia kene tau apa yang aku buat, apa yang aku makan, aku dah mandi ke belom, aku sihat ke tak...


6 - si dia sentiasa menjaga keselamatan kita.
Contohnye memang aku lagi..Aku nie kalau dah berjalan memang suka langgar orang..tak aku yang melanggar aku yang dilanggar...dia suka cakap 'mate dah 4 tapi masih tak nampak' walaupun kate2nye tu pedih tapi memang betOl pun....so penyelesainnya dia akan sentiasa bejalan belakang, tepi sambil pegang bahu aku untuk memastikan aku tak dilanngar dan aku melanggar..kalau time tu orang tengah ramai tangannya akan sentiasa melekat kat tangan aku walaupun time tu aku tengah nak korek idong...


7 - si dia menganggap kamu lah orang yang dipercayai sepenuh hati
Yang nie memang kene kat aku sebijik...dia percaya kat aku aku 120% walhal aku..?suka tuduh dia bukan2...ayat dia akan selalu bebunyik begini..' em yelah suka ati awak la nak tuduh sya ape pun, dah tak percaya kat saya sangat kan?ok..terpulang'..


8 - si dia sanggup mengalah
Dia sanggup mengalah kalau tiap kali kami tengah gaduh..selalunye memang muke nie la yang suke memulakan pergaduhan...dari bende tu kecik sampaila ke besar...sampai dia dah malas nak dengar aku merepek meraban yang tah pape.. dia akan lebeh suka senyap n tido...esok pagi dia akan mesej seperti biase sedangkan aku dah merapu yang teramat merapu tengah malam semalam....


9- si dia sangat sabar
Yang ni memang sifat dia yang paling aku tak terlawan....dia terlalu sabar ngan aku yang suka wat perangai tahap gaban sampai aku rasa kalau laki laen mau dah lame aku nie kene tinggal...


10- Tak penah semput, lelah atau bosan ucap ' i love u'
Humm yang nie memang aku respek ngan dia....sebelum tido, bangun tido, kalau ada masa terluang mulut dia atau text dia sentiasa ada perkataan nie yang selalu watkan aty aku yang keras nie betambah cair.......


I know he's the right person to me....but to me..?i dont think that i'm the right women to him....:(
Tapi aku sangat2 bersyukur kerana Tuhan dah beri pada aku orang yang memang cinta dan sayang aku sepenuh hatinya..

'Awak..maafkan saya sebab tak dapat jadi yang sempurna, tapi saya akan berusaha untuk jadi yang lebih baik demi hubungan ni..InsyaAllah'

' Dan... aku dah jumpa siapa pencita aku yang hebat di dunia ni...'

- Terima Kasih Tuhan yang telah memberi kami kebahagiaan ini -

^_^

20 October 2011

Assalamualaikum...Salam Ukhwah.....

Wassup2....!!..camane ngan hari2 korang sume..??mesti best kan...ye la sekang nie tyme cuti sem aku...
Hari2 aku kat umah sewa nie macam biase la....bangun pagi kadang telajak sampai tengahari...masak pape yang ade kat dapur tuh....pastu cam biase bukak tv bia memekik sensorang..akunye dok dalam bilik beblogging....ye la bosan dok umah sensorang..sementara nak menuggu cik Bella balek dari tempat posting dan menunggu c Pemilik Aty nie balek kejew kol 9 mlm....time tu la baru dapat memekik tah pape ngan cik Bella n bermesej dengan my muncit.....time keje DILARANG GANGGU...!!..huhu...
Oh ye nak cite nie pagi tadi aku bangun macam biase mandi, wat air breakfast..pastu terenung meja study aku....hari tu dah kemas tapi macam nak kemas lagi semula....aku pun mule la operasi mengepack sume harta2 karun yang tak bape nak pakai tu dan aku humban ke dalam kotak dengan selamatnye...buku2 belajar aku yang ade sekarang nie kalau dijual mau cecah gak dalam RM1000.....siyes Jah tak tipu..!.ko bayangkanlah Jah harga 1 buku mau seratus taw....belum lagi buku Anatomy yang berat macam 4 kilo beras tuh..!..page dah beratus...bayangkanlah tebal mane....!!aku nak mengangkat pOn mau tekentOt taw...!..( sebenarye berat takde la sampai 4 kilo tapi bile dapat kat aku yang tulang kedrat ni ha mau sumenye jadik berat...hi2 )
Kemas punye kemas baru aku pasan yang aku nie sebenarnye tercalon dalam minah pengumpul minyak wangi....aku kira2 tadi ade la dalam 20 botol tak temasuk yang dah abes dan dbuang...Ape..??? 20 botol..??ko wat ape ngan minyak tu banyak2..??masak wat lauk ape..??
Takde..sebenonye aku ni pantang nengok minyak wangi kat mane2...asal aku nampak jek rase tangan nie gatal jek nak rembat ...tak kire la kalau duet tyme tu tinggal secoet jek...janji aku dapat...tu yang betimbun tuh...pakainye idok le juge aku nengOk....
Sebenonye cite2 aku nak kumpul lagi sampai cecah seratus...bole..??haha pastu aku pun bukakla kedai minyak wangi..dah betimbun sangat kan....hi2...

Ok aku nak cte pasal koleksi aku ni ha....antaranye...dari Avon, Body Shop, Hot Perfume, Aura Life, 1 Drop Perfume dan ntah dari jename ape lagi..aku rase wangi , botol lawa aku rembat.....hi2.....
Harga..??Lek la...sumenye tak sampai cecah Rm100 pOn..paling koman tyme aku papa kedana aku rembat yang harga 10 hengget punye...janji ade....ahaks...!!
Nak tengok minyak wangi yang aku dah kumpul kew??Boleh...
Mempesembahkan.......
Taddaaaaaa


Scary tak...??haha...nampak macam tak banyak kan.....??.humm kene tambah lagi nie...bia tak cukup meje aku nak letak....muwahahahaha.......


Eh2 yang nie nape pulak...??


Haha yang nie special sket .... sebab ape..??Sebab......muncit yang kasi.....:))
Dia kata die beli waktu dia pegi lawatan kat Langkawi hari tuh...katenye sempena ulang tahun kami yang ke1 tahun.....thanx muccuk....!.
Actually aku pun tau mane kedai die beli tuh...hahahaha......Gotcha,....!!
Dan yang paling penting ia EDP....not EDT...!! Pandai Muccuk pilih ek....;-))

Humm sebut pasal EDP atau EDT nie aku rasa korang dah tau kot...tapi takpe aku remind balek......ia adelah jenis minyak wangi yang berdasarkan tahap kelamaan ia melekat di badan kita.....nak yang lebeh bagus + lama cari EDP iaitu Eau De Parfume..sebab ia akan tahan melekat lame kat badan kite selama 12 jam...!!tak mandi2 mungkin cecah sampai 24 jam..!haha siyes aku tak memaen...aku tau la aku kan pakar dalam perfume2 nie....ahahahaa........EDT lak singkatan tuk Eau De Toilete..lame jugak tahan tapi lebey kurang 6 jam jek...ade tu tak sampai pOn 6 jam.....
So dah tau kan mane nak carik perfume yang bagus...??Ape lagi pi la beli..!Yang di atas ni bukan untuk dijual ek...Harap Maap....!

Ok la dah penat merepek meraban......
Mintak diri dulu ye Jah.....

Papai....Peace..!

19 October 2011

Berjaya...!!

Eh2 ape lak yang tetibe bejaye nie..??
Hi2 sebelum tu bagi la salam dulu Jah Oii..! ehehe Sori Buk...Ok2..Assalamualaikum Warahmatullah......tak jawab dosa taw...!
Akhirnye berjaya jugak setelah nak dekat seminggu jugak mengemas kini blog nie....ade la penambahan dan pembuangan sket2......baru sedap sket mate nie nak menengok ha....!.sumber rujukan saya..??shhuutt....mane ley gtau...rahsia...aiseh bajet xnak share la kan...macam je best sangat blog ko ni Jah....!!..hahahha...stop talking nonsense..!!
Ok la nak tido nie....c Pemilik Aty pOn dah banyak kali majuk sebab saya lambat reply mesej beliau....hi2 cowi muccuk.....Lap U.....
Nite all

...Papai...

16 October 2011

Kasih, Sayang Dan Cinta


Assalamualaikum...
Macamana hari Ahad korang sume?Hari ahad saya sangat membosankan..ape kate kita layan tajuk post kali nie..beza antara Kasih, Sayang Dan Cinta .. Pada yang bercinta semoga bahagia, kepada yang dah berkahwin moga rumahangga yang dibina kekal bahagia dan dirahmati Allah S.W.T..


..SELAMAT MEMBACA..

loveTiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.
Kasih..
* Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.
* Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.
Sayang..
* Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.
* Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.
Cinta..
* Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.
* Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.


* Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.

11 October 2011

..Dah Tua..

Assalamualaikum wbt........

Wassup everyone??ececeh nak jadik owg puteh le pulok yew.....
 ok direct to the point.....ary nie aku nak post pasal.......diri aku......lagi?ala.....macam tade post laen jek.....(shutt...!diam!jangan banyak bunyik....!!ekau baco yo lah...!)..okie2....stop merapu....
aku nak cite pasal diri aku ni ha.....umo dah makin tua so otak tu pun makin lame main le slownyew....bukannya sebab ape...aku nak merapu pasal blog ni ha.....kome tengok le sendirik blog aku ni .....kemahen nak kuno lagi bebanding ngan membe2 yang laen....idea pun kurang, daya kreativity tu lagi la mengurang....ye la dulu2 zaman aku mane ade menatang blog2 ni ha......facebook ke twitter ke atau korang name kan je la mende kompem aku geleng pale tak tau......sekarang nie konon2 nak maju junction macam orang2 yang laen la kononnyew......ceehhhh...........!! so korang saba je la ek kalau blog aku nie x menarik + entry yang tah pape + background yang bermacam2 ropenyew......bak kate akak aku 'hang nie macam sesumpah...!!sat nie sat tuh...' ( konon2 dialek kedah lew tp ayatnye lebey kurang gitule..) ok stop pasal nie...aku nak cite pasal ape yang aku buat dalam beberapa hari nie......

1
2
3
( motif??)

Humm jumaat baru2 nie aku tolong bakal mak mertua aku (ececeh nyampah den donga!) masak2 tuk kenduri sempena nenek muncit nak pi aji....mule mak abah die suh datang mam jek tapi macam tak best lak kan datang2 terus makan....so aku pun pi la merajinkan badan menolong......antara menu ari tu yang sempat aku jenguk ayam merah ( aku tolong mak die masak + tukang rase ), daging rendang ( kewajipan ), sayur campur, acar nenas....banyak lagi aku pun dah lupe.....dari pagi die amek aku sampai le ke malam.....mandi, terbaring, terlantar + kepenatan sume kat umah die...!!hah amekk kOoo balek umah melepek atas tilam kepenatan...!!padan muka..!tapi takpe.....aku bahagia.......hik3.....lap u muncit....;)) 
( inila muke beliau yang aku aku snap waktu kitorang diberi tugasan oleh mak die untuk menggoreng ayam.....thanx mak....muaaahhhh.....gedix!!)


terase kelaparan..nyam3

Beralih ke hari isnin...
Hari isnin ary tu ( eh semalam la ) first and last exam aku tuk sem 8 nie.......bace kemahen nak 1 buku sampai lonyai la kertas tuh aku dok belek2 time study...bile dapat jek kertas soalan.....omakaih...!!copot2 janntung gue.......!!SUSAH GLERRR.....!!aku pun ngan muke konfiden menjawabla dengan aty + otak yang makin lame makin cair......sob sob ...... thanx miss sue sbb bagi kami semua soalan yang begitu 'senang' untuk dijawab.....pesanan ikhlas: selamat merait kertas jawapan kami dengan memek2 muke yang xbpe nak best ek......huhu

Ermm rasenyew itu je la kot aku nak kongsi.....sem nie aku cuti 3 MINGGU..!!best siot...!tapi best kalau balek umah halaman sendirik.....aku..?cam biase tepakse la menapak ke rumah makngah kat bandar sri damansara.....raya ajie i/allah ikut makngah balek pekan...nak ziarah kubur arwah tok.....:((
ok selamat petang sume.....Assalamualaikum Warahmatullah...see yaa......

* Rindu ma muncit damn muchhh...!! keje leklok noo....tamo nakal2....!! Babab kang..!hik2


6 October 2011

Saya tau die...:)

Assalamualaikum......

Hi there...sihat? Alhamdulillah....humm tetibe lak sya terfikir pasal hal nie...so sya  pun write down la my little bit story about me n him.....
dah 3 hari berturut2 kitorg hangout together sejak sya balek dari sabah sabtu lalu...hangout gie tgok wayang n then makan...tadi dia ajak saya tgok wayang lagi..cite BINI2KU GENGSTER...1st saya taknak sbb dah 3 hari berturut2 die membelajakan duitnye tuk bli tket wayang n spend makan....pujuk punya pujuk saya pun setuju...:) dah la makan sebelum2 nie kemahen nak vough lagi...chicken chop..!my fav...itupun sya cakap ngan die 2 bulan lalu yg tetibe anak tekak sya ketika itu mengidam nak makan bende alah tersebut...saya tau die cube sedaya upaya tuk tunaikan keinginan sya walaupun diwaktu die tengah kekeringan...dan malangnye saya suka tak perasan perkara tuh.... :(

Sambung story pasal tadi..jam 6 petang mcm biase die amek saya kat hostel..kami sampai ke klcc jam 6.45 petang..jalan2 jap n then pi bli tket BINI2KU GENGSTER..waktu tayangan 8.45 malam...sementara ada sejam lebeh lg tu kmi pun pi la meround n makan..lagi sekali die belanja sya sizzling mi..!.die tau memang fav sya suke makan tuh bile kami kat klcc.....lagi sekali die tunaikan permintaan sya 3 bulan yang lalu yg ketika tu sya berada disabah dan ketika anak tekak sya begedik nak makan bende tuh tyme tuh...sya tau die wat semua tuh sebab die sayangkan saya..habis cite tuh die pecut lak LC135 beliau ke rumah..klcc-gombak..amek letop sya yang tertinggal kat rumah die...salam2 ngan mak ayah die yang kebetulan tu nak keluar ketika tu so kami pun beredar...arah dituju gombak-cheras...bru sya tau betapa penatnye bile die nak datang amek sya kat cheras...memang letih tak terkata2...apetah lagi die yang bawak moto tuh...saya tau dia penat2 pun semata2 nak jumpa sya...cuma sya je kadang2 tak menghargai kepenatan die......dan tak dapat dinafikan lagi bahawa dia memang sayang sya walaupun sya selalu meragui kasih sayang die pada sya...{ jahatnye sya! :( } banyak perkara die dah buat tuk saya....terima kasih untuk segalanya.....sayang awak sangat2......:((

Lepas makan tadi sempat jugak die menceriakan saya dengan memek2 mukenye yang saya rasa macam nak cubit2 je pp beliau......
(*_*)


* 4 / 10 / 2011 8:45 malam - makan kat restoran kapal kg.baru sambil ade sorg mamat tu die nyanyikan lagu2 kami berdua sambil maen gitar ... me?clueless.......

3 October 2011

i wonder.....

Assalamualaikum sume...harap2 sumenye sihat2 dah betambah lagi sihatnya...Post kali nie sya cuma nak kongsikan apa yang saya rasa bermain dalam fikiran sya sejak beberapa hari yang lalu tentang "KELEBIHAN"..

ada orang dianugerahkan dengan kelebihan yang mahir dalam menulis..novel, buku, syair, lirik lagu..
ada orang dianugerahkan dengan kelebihan yang mahir mencipta not2 muzik...mahir bermain gitar, piano ataupun alat2 muzik yang laen...
ada orang dianugerahkan dengan kelebihan suara yang sedap sehingga boleh buat duit...boleh menari, rupa paras yang anggun...1 pekej..!
ada orang juga dianugerahkan bakat2 yang laen seperti kuat ingatan, mahir dalam seni lukisan, dan bermacam2 lagi bakat2 yang ada....markah yang tinggi, disanjungi orang, dan dihormati..

yang menjadi persoalannya....apa kelebihan saya...?anyone outhere?who know me?ade sesape boleh bgtau saya tak apa kelebihan saya?i wonder what is it....