23 November 2011

10 Sikap Buruk Manusia yang Dicela Allah



. Assalamualaikum ...

Salam to all bloggerz .... hari nie saje nak konsikong pasal tabiat buruk manusia terutama kita ni ha .. tabiat nie memang ada kat kita tapi kita tak pasan ... kalau ada pangai nie eloklah kita buang sket2 ek ... tak elok ditengok orang ... expeselly utk c penulis ni ha ..... hi2 ... moh kite tengok ape bende nye .. ^^

1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.


2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap tentang perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia...betui dok..??


3. Suka marah-marah
Adeh kenapa lak ni..? Perangai ni memang tak elok..kata orang tua2 'huduh'. Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kita. Perbuatan nie akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan... takut kan...hmm...


4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah betul tak?Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).


5. Kedekut & bakhil
Sifat nie memang buruk sangat2..tak elok la kalau kita ada sifat nie .. Rezeki Allah yang kita dapat tak elokla kalau kita simpan sampai bertimbun2..tak bawak sampai kita mati pun. Sifat kedekut ni menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.


6. Bermegah-megah
Humm yang nie memang ramai dikalangan masyarakat kita. Suka bermegah2 tentang status atau jawatan besar, gelaran dan apabila menerima sanjungan. Merendah diri tu kan lagi elok sifatnya..:)


7. Cintakan dunia
Maksudnya, terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi sehingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).^^


8. Ego atau sombong
Dah la ego sombong pulak tu... ini sifat mazmumah yang paling sangat tak disukai orang. Bila kita ada sifat nie takde sape yang nak berkawan dengan kita dek kerana terlau merasakn dirinyalag segala2nya sehingga lupa Allah saja yang bersifat maha besar atas muka bumi nie.


9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.


10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan..

* Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar. *
Wallahualam .^^.



19 November 2011

Salam malam sabtu to all readers ...

Camana weekend korang sok ...? Aku cam biasa mungkin dok seharian dirumah ataupun kuar spend time with my muncit ... Actually esok ingat tamo kua sebb muncit nak tengok bola Malaysia lawan Myanmar kol 5 petang... ! Semalam lak tengah kolej tengah sibuk nak uadit umah kami serumah sempat tengok M'sia lawan Indon .. dapat jugakla bubuh 1 - 0 .... Go Malaysia Go...!! walaupun aku bukan penyokong m'sia yang tegar .. hik2 ...

Ok berbalik kepada esok ... ingat nak tengok wayang kot ... lokasi cam biasa tak kat Cheras, Leisure Mall, VIVA, tak kat VIVA mungkin kat Time Square atau KLCC ... cuma konpius nak tengok ape ...

Yang ini




dan yang ini




atau yang ini .. ??




keputusan : tengok tiga2 sekali .. Titik.





14 November 2011

Tanda-tanda Sebelum Kita Meninggal Dunia ...

. Assalamualaikum ...


100 hari sebelum kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian 
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian 
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian 
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian 
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



= semua makhluk ciptaan Allah akan kembali menghadap Tuhan yang mencipta .... cuma kita tak tahu bila kita akan dipanggil mengahadpNya .... Takziah kepada arwah Adli Ariffin yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi ( 4.30am ) . Arwah terlibat dalam kemalangan di kampungnya ( pasir puteh, kelantan ) bersama 3 rakannya ... Arwah seorang kawan yang sangat baik. Semoga rohnya ditempatkan dengan orang2 yang beriman . Amin .



+ arwah Mohd Adli Ariffin +
Dalam Kenangan 
( 10 . 02 . 1990 - 14 . 11 . 2011 )

 Untuk Berita Lanjut sila Klik Sini

- Al - Fatihah -

11 November 2011

11.11.11...??


. Assalamualaikum ... ^^

Selamat pagi warga bloggerz .... hari nie 11 . 11 . 2011..ape yang menarik dalam hari ni ..? bagi aku takde ape yang menarik dalam hari nie pun .. tapi mungkin rakyat dunia khususnya rakyat Malaysia mesti ada something yang akan happen dalam hari nie .. contohnye mungkin ibu2 dah melahirkan baby2 mereka pada tanggal hari nie, ada jugak orang yang kehilangan ahli keluarga .. tak kurang jugak yang tengah megikat tali petunangan, akad nikah .... macam2 boleh jadik. Sebenarnye hari nie same je macam hari2 yang biase .. cuma tarikh nye yang cantik jdik orang pun berebut2 la nak buat tarikh hari nie bermakna atau untuk diingati sampai bila2 .... bagi aku biase jek takde yang menarik .... :-)

9 November 2011

: raya haji sya :



. Assalamualaikum ....

( tengah hangat sekang nie pebincangan dalam Wanita Hari Ini tentang isu PENGKID......ngeee..~~ ( sekadar iklan )

Post ari nie aku nak becite pasal raya haji aku tahun 2011 nie.....tak ada yang menarik pun..biase2 jew....
tahun nie aku beraya kat umah belah abah aku kat Simpang Pelangai, Bentong, Pahang. ( * memandangkan arwah nenek aku yang paling aku rapat belah umi dah tak ade :-(  ) Aku balik ngan pak Cu ( adek bongsu abah ) n 2 orang sepupu aku yang ada kat KL nie....kalau korang rasa nak drift atau race eloklah ikot jalan nak ke umah atok aku nie kat simpang pelangai .. sebab ape?sebab jalannye peehhhhh aku cakap sejibik jam jalan ular.! .aku kalau sampai tak sah tak muntah dulu sebelum gie besalam ngan atok n wan aku.....;))

2 hari aku stay sana...dapat jugak merasa dok kampong yang betol2 kampong...!mandi air bukit, membuang dalam jamban yang keliling lalang utan....best siot...!!dapat makan makanan kampong yang pure punyer... :-). 
Balik tu cam biasa .. aku hangout with ma muncit....:) . 

Minggu nie stat sem last aku ... theory 3 minggu n then practical sebulan .. pertengahan bulan 1 aku i/allah tamat sudah aku belajar kat kolej nie ... lepas tu aku tak tau lagi aku ke mana .. mungkin kerja, mungkin sambung degree atau mungkin kawin..??? hahahahhha...! XD

.... Dah habis daaaahhh ....

7 November 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita..



. Assalamualaikumm.....^^




Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya....

.^^

5 November 2011

10 kota terkenal di dunia yang hilang

. Assalamualikum wbt...^^

Salam tuk warga bloggerz...
hari nie aku just nak share tentang info yang korang rasa termasuk aku sendiri baru tau..dari kita takde nak wat pape nie elok lah baca nie disamping tu boleh la kita menambahkan sket ilmu pengetahuan kita nie tentang dunia luar....ye tak..?^^

Selamat Membaca

Sebuah kota akan menjadi kota hilang jika ditinggalkan oleh penduduknya dan dibiarkan begitu saja, sehingga meninggalkan banyak peradaban yang kemudian hilang begitu saja. Perkara ini boleh terjadi kerana perang, bencana alam, dan masih banyak lagi sebab-sebab lain. Namun seiring dengan perkembangan zaman, legenda kota hilang itu mulai muncul kembali ke permukaan. Banyak para ahli arkeologi yang menemui runtuhan-runtuhan bekas kota. sehingga kemudian mula banyak muncul legenda kota yang hilang.

Berikut adalah senarai 10 kota terkenal yang makin ditelan zaman :

10. Atlantis
Atlantis digambarkan oleh Plato sebagai peradaban maju dan kekuatan laut yang hebat, Atlantis dikatakan telah menakluk sebahagian besar wilayah Eropah sebelum tenggelam ke laut. Menurut mitos tradisional, kota ini tenggelam kerana murka para dewa atas kelakuan para penghuni kota ini, tapi menurut kajian Ilmiah, kota ini mungkin tenggelam kerana perubaha geologi dunia.





9. The City of Caesars
Juga dikenali sebagai Kota Berkelana dan Kota Patagonia, The City of Caesars adalah kota mitos yang diyakini terletak di hujung selatan Amerika Selatan. Kota ini belum pernah ditemui, dan pada masa ini dianggap legenda.






8. Troy
Troy adalah kota legenda yang terletak di Turki. Troy sudah lama dianggap oleh banyak orang sebagai mitos biasa, sampai akhirnya digali pada 1870-an. Dan kemudian Ditemui banyak runtuhan-runtuhan bangunan yang dianggap sebagai arkitektur moden di zamannya.




7. The Lost city of Z
The lost city of Z adalah peradaban hilang yang terletak jauh di pedalaman hutan Brazil (hutan Amazon). Kota hilang ini dikatakan sebagai peradaban maju dengan jaringan canggih dari jambatan, jalan, dan kuil-kuil. Perkara ini dibuktikan dengan penemuan banyak peninggalan alat-alat canggih di pedalaman hutan amazon.






6. Petra
Petra dianggap sebagai kota paling indah dari semua kota dalam senarai ini, Petra terletak di Jordon. Ciri yang paling menonjol adalah arkitektur indah batu, yang diukir dari batuan pergunungan di sekitarnya yang mulai dieksplorasi sejak abad 18, hingga kini, keindahan arkitektur bangunan batu Petra masih tetap boleh dilihat di Jordan.





5. El Dorado
Inilah kota hilang yang paling dicari, kerana kota ini dikenali sebagai kota emas. Dianggarkan banyak terdapat emas di kota ini. El Dorado adalah sebuah kerajaan mistik dipercayai terdapat di hutan Amerika Selatan. Kota ini dikatakan dipimpin oleh seorang raja yang kuat dan dengan kekayaan emas yang tak terhingga.





4. Memphis
Didirikan pada tahun 3100 SM, Memphis adalah ibu kota Mesir kuno, dan menjadi pusat pentadbiran peradaban yang sepanjang ratusan tahun sebelum akhirnya ditinggalkan oleh penduduknya seiring dengan munculnya Thebes dan Alexandria. Di bekas wilayah kota ini, banyak ditemui runtuhan bangunan-bangunan mesir kuno.




3. Angkor
Daerah Angkor di Kamboja dan sekitarnya dikenali sebagai salah satu pusat industri di asia malah dunia, dan salah satu peninggalan paling terkenal adalah kuil Angkor Wat yang umumnya dianggap sebagai monumen keagamaan.

2. Pompeii
Kota Romawi Pompeii hancur dalam AD 79 setelah Gunung Vesuvius meletus berhampirannya dan menengelamkan seluruh komuniti di bawah 60 kaki abu dan batu. Kota ini dianggarkan mempunyai kira-kira 20.000 penduduk pada masa itu, dan itu dianggap sebagai salah satu tempat tumpuan utama untuk kelas atasan masyarakat Roma.




1. Machu Pichu
Kota ini terletak di dekat Lembah Urubamba di Peru, kota ini pernah ditemui dan dikaji oleh conquistador, Machu pichu menyimpan banyak peninggalan runtuhan kuno yang sering disebut sebagai kuil machu pichu. Arkitektur bangunan yang sangat indah pada kuil machu pichu membuktikan betapa tingginya peradaban machu pichu pada masa kegemilangannya.


3 November 2011

Menatang Terkiut...!

. Assalamualaikum WBT...^^

Salam sejahtera tuk sume warga bloggerz....

oh ye korang pernah tengok atau kenal atau jumpa ngan satu makhluk Tuhan ni tak..?Landak....!

Terus terang aku sendiri tak pernah jumpa menatang nie secara life tapi aku tau mereka sume menatang yang teramat comey.!....aku nak korang tengok pict kat bawah nie nak gtau betapa kiut miut comey nye mereka sehingga aku rasa aku NAK BELA SEKOR....!!hahaha.........



( actually nie gambar baby landak )












So Cuteeee..!!^^




1 November 2011

Betapa Berharganya Seorang Wanita

. Assalamualaikum ^^..





Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam..............